me, myself and I

~~~~ khazanatul asrar ~~~~

catatan nota matematik versi 2016

assalamualaikum

rentetan daripada pos tahun lepas, CATATAN NOTA MATH 2015 <-- font="" lepas="" link="" pos="" punya="" tahun="">

alhamdulillah menerima feedback yang positif.. dah ku kongsi secara peribadi lebih daripada 100 emel secara peribadi.. its good to share something with others.. semoga digunakan dengan bermanfaat.. cuma harapnya jangan ada pihak yang mengambil keuntungan daripada benda yang diberi percuma tersebut..

tahun ni kononnya azam daripada tahun lepas nak update nota tu untuk lebih lengkap.. tapi terlalu banyak benda berlaku in my life as a mother... Muhamad Ilham memerlukan perhatian yang lebih daripada ibunya menjadikan aku agak kesempitan masa tahun ni dalam menyediakan bahan untuk anak2 di sekolah.. 

cuma sempat update sikit penambahan ringkasan apa yang perlu tahu/buat .. aku gabungkan terus ikut topik tingkatan 1, 2 ,3.. contohnya topik penjelmaan..aku combine je penjelmaan form 2 and form 3.. tak ada pecah2 penjelmaan I dan penjelmaan II... 

cuma kdang2 bila ada yang komen kat pos minta diemelkan dan tinggalkan emel kat bahagian komen, aku terlepas pandang.. sebab bukan pemblog tegar skang ni.. itu yang kadang2 lambat aku dapat emelkan, sebab tak perasan ada orang komen.. so untuk lebih mudah, mungkin boleh emelkan terus kat aku mintak nota ni kalo berminat.. dan biasanya aku emelkan dalam bentuk pdf sebab lebih ringan... kalo dalam bentuk publisher berat sangat.. tapi kalo nak diedit ditambah baik insyaallah boleh diusahakan.. 

asrarnsn@gmail.com





Lexis Hibiscus, Port Dickson

assalamualaikum

 Percutian pertama Muhamad Ilham bin Muhamad Syafiq Iqbal..Lexis Hibiscus PD... aku baru tau yang rupanya Lexis ada 3 kat PD.. Lexis, Grand Lexis and Lexis Hibiscus.. ada beza setiap satunya... itu suami akulah cerita.. lokasi dia, design dia and of course lah harga dia.. aku ni jenis malas nak membaca..aku suka tanya jer suami aku biar dia yang cerita.. sebab aku suka dengar dia cakap2 walau kadang2 muka aku macam tak ada feeling bila dia cerita2 hehehee..



my cenonet almost 5month sekarang ni..  so maksudnya lebih kurang 5 bulan jugaklah kami sekeluarga tak pergi bercuti.. lebih kurang 5 bulan jugaklah aku tak masuk shopping mall untuk cuci mata... lagi2 lah 1 mei hari tu semua orang keluar.. family mentua ada majlis pertunangan..family sendiri pulak ke IKEA sebelum mak balik ke terengganu.. tinggal aku and ilham j kat rumah... memang muncung mulut aku boleh ikat lah hari tu... tapi sebelum keluar pergi kenduri husband cakap esok kita pg jalan....

so seperti yang dijanjikan, esoknya lepas siapkan anak2 kami bertolak ke PD... bukan aku jer eksaited tapi rifqi pun sama.. mulut tak berhenti dalam car seat tunjuk pemandangan kat luar "nok tu..pokok" (tengok tu, pokok)...sampai kat sana kami booking dulu since hanya boleh check in petangnya dalam pukul 3... kami ambil bilik yang kat bahagian bunga.. yang mengadap air pancut... tapi biasa jer air pancut tu... setakat tengok dia pancut..rifqi pun tak ada feel tengok...

kalo bilik kat kawasan bunga tu harga dia kitorang dapat RM750 pernight without breakfast... kalo kat kawasan daun tu bilik dia kecik sikit, harga RM680 tak silap.. tapi yang tak best bahagian daun tu kedudukan bilik dia dekat ngan laluan..so ada bilik yang memang terdedah kolam dia..makanya hilang privacy kat situ.. better amik yang bahagian bunga tu..lebih privacy nak mandi kolam.. kalo amik bahagian batang pucuk tu lagi mahallah.. RM990 tak silap...and bahagian pucuk tu lagi mahal kot.. rate harga dia korang leh tengok kat web dia.. kitorang cek booking kat web lebih kurang jer harga dia booking kat agoda.. tap

bilik dia memang oklah.. besar dan selesa...RM750 kot... ada dua katil king..bukan main seronok rifqi melompat2.. tapi yang tak bestnya bila dia suka melompat atas katil yang ada adik dia..mana ada ilham, katil itulah dia nak lompat... pastu gosok2 kepala botak adik dia... 

bilik kitorang kat situ.. kalo ngadap laut pun best jugak kot.. tapi nampak laut jer lah...tak ada pemandangan apa dah...

 kotak line hitam kat lantai tu nampak air laut kat bawah.. rifqi siap meniarap kat situ tunggu ikan lalu agaknya.. 
  
mula2 rifqi bukan main takot lagi masuk kolam.. sebab dah lama tak bawak dia pergi mandi kolam rasanya.. tapi last2 dia yang eksaited ajak kitorang mandi.."jom jom"... sampai kecut jari2..






pemandangan daripada kolam bilik kitorang... oklah.. asalkan tak nampak orang depan mandi hehehe...

sekali masa booking tu dapat voucher RM30 yang boleh digunakan kat walk in.. since kitorang tak turun ke pantai pun sebab ilham masih pantang jumpa orang lagi, kitorang habiskan boucher tu dengan beli sate jer.. RM4.50 dengan 3 batang sate.. sebab ada vouvher habiskan ajer... ada banana bot, sewa basikal.. yang mana biasa ada lah kan kat hotel2 PD.. 

even ni adalah percutian pertama untuk ilham, walau dia tak tahu apa pun..kat mana..tapi lena betol dia tido nak kasi can ibu and ayah layan rifqi mandi.. 1st tyme kot dapat mandi bebas macam tu ngan rifqi.. biasa ayah dia jer yang layan mandi kolam... bukan main lagi dia menjerit2 "tarik..tarik..tarik.."... gelak2.. and boleh rasa and nampak betapa gembiranya dia.. sebab last kami jalan2 awal bulan sembilan tahun lepas kat melaka... dah berapa bulan dia terperap j... sebab sepatutnya cuti sekolah hujung tahun lpas pg jalan2 dulu baru bersalin.tapi terbersalin dulu... 

seronok bila tengok dia seronok macam tu... bila tanya dia, dia jawab "best best".. tak nak balik keluar bilik hotel pulak tu... patutlah pernah terbaca yang anak2 stress kalo asyik dalam rumah jer.. emosi mereka tertekan... lain kali kita pergi lagi ey..tungu adik ilham besar kita pg taiping and penang yer...



anak itu anugerah

assalamua'laikum.. 

alhamdulillah... begitu cepat masa berlalu... muhamad ilham sekarang ni dah berusia 4 bulan lebih..kalo ikutkan umur sebenar dia baru2 bulan lebih nak masuk 3 bulan... and aku masih bercuti menjaga dia... bosan?? yup..sangat.. sebab bila dah biasa bekerja..pagi2 keluar pergi kerja.. tapi sekarang dunia ku hanya dinding dan keluarga semata2.. thats why mata ni selalu dicuci di instagram shopping online... 

sebelumnak taip blog tadi, tertengok 1 video yang dipost kat fb.. video tu agak panjang. seorang ibu/makcik/perempuan yang memukul anak dia.. entahlah... mungkin dia nak mendidik but for me its not a good way to educate your child.. kesian budak tu dicampak dibaling... kadang2 mungkin secara tak sengaja sebab terlampau penat tapi biasanya bila sebut perkataan berimbuhan TER maksudnya secara tak sengaja... tak sengaja apa kalo dah berminit2... 

aku pun pernah sebenarnya kadang2 bila dah badan penat sangat TERmarah..Tertengking... TERcubit rifqi.. tapi tak sampai 10 saat cepat2 peluk dia balik... menyesal.. rasa bersalah... cium dia... lagi2 dia buat perangai bila tengah uruskan ilham... dia punya tantrum sampai 2 jam pun dia mampu menangis terguling2... and i just sabar sabar sabar and peluk dia... and alhamdulillah minggu ni dia tak ada mengamuk or menangis...


Muhamad ilham pulak masih lagi di bawah jagaan ibu dia sampai bulan 6 nanti insyaAllah... dia semakin membesar alhamdulillah.. tapi masih lagi dalam ulang alik ke hospital.. untuk bulan 4 semua oppointment dah habis cuma amik ubat jer kat farmasi hospital sungai buloh 29 April nanti..then bulan 5nanti sekali checkup kat HKL, sekali check up kat hospital sungai buloh, sekali check up kat klinik kesihatan, and ambil ubat kat farmasi.. itulah rutin kami setiap bulan sekarang ni..

aku rasa dia ok cuma kadang2 pernafasan dia membimbangkan.. ari tu ada sekali warded di hospital sungai buloh sebab jangkitan kuman kat paru2.. sejak daripada tu kalo dia bernafas ada lekuk kat dada dia.. pakar cakap lekuk tu mungkin tak hilang... itu yang kalo bernafas nampak dia macam susah nak bernafas sebab ada lekuk tu... and sumtime macam ada bunyi pernafasan dia..but dia normal aktif macam biasa... dan doktor pesan kembali ke hospital kalo dia tak boleh nak menyusu dengan baik sebab susah nak bernafas.. apapun kami masih menunggu kol daripada NICU hospital sungai buloh untuk vaksin paru2 dia.. LO daripada MPM dah diluluskan sebanyak RM17 500... harapnya cepat2lah dapat kol untuk injection... 

lahir dengan berat 1050g dan sekarang alhamdulillah dah 4.25 kg. tinggi dia pun dah bertambah19cm sejak lahir.. and aku masih bercuti dengan harapan untuk menyusukan dia sepenuhnya... memang kalo bekerja pun aku masih akam pam susu untuk bekal kepada pengasuh macam rifqi dulu tapi since dia pramatang dengan saiz secoet jer baiklah aku berkorban untuk memastikan dia dapat menyusu dengan secukupnya... lagipun sejak keluar hospital sampai sekarang lebih kurang 3 atau 4 hari sebulan kami terpaksa berulang alik ke hospital.. yang mana CRK aku  7 hari je tu confirm2 tak cukup... hopely lepas bulan 6 nanti kesihatan dia makin stabil dan semakin kurang kami berulang ke hospital.. sebab bila ke hospital, sampai pukul 9 pagi, pukul 1 lebih baru dapat kuar hospital settle semua... 


alhamdulillah... syukur sangat.. allah anugerahkan rifqi and ilham untuk kami... i cant imagine life without them... sayang sangat,,, penat??? sangat sangat... tak penat bukan parents lah namanya... tapi bila pandang wajah2 mereka tengah tido hilang rasa penatnya... allahu... sayang rifqi and ilham ketat-ketat..


 semoga kedua-dua anak ibu membesar dengan sihat dan selamat dalam dunia sekarang... menjadi anak yang soleh..khalifah Allah di muka bumi..ameen...

Catatan Cinta Ibu untuk Ilham(Bahagian 3)

Bahagian 3: Letakkan pengharapanmu hanya pada Allah


Tepat jam 3:27 petang Ilham selamat dilahirkan. Dan alhamdulillah aku dapat mendengar tangisan pertamanya walaupun tak dapat melihat rupa anakku lagi. Lebih kurang dalam pukul 4 lebih kot aku ditolak masuk ke wad daripada bilik pembedahan. Suamiku masih menunggu di bahagian luar bilik bedah. Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk menatap wajah suamiku. Aku bertanya suami kot-kot dia sempat melihat anak kami tapi katanya dia perasan ada satu macam 'kotak' ditolak keluar tapi dia tak pasti adakah anak kami yang berada dalamnya.

Bila berada di wad, nurse cakap yang aku tak boleh bergerak dalam tempoh 6 jam selepas pembedahan. Aku hanya boleh baring tanpa bantal jer atas katil. Malah makan dan minum pun tak boleh lagi. Aku pun tak pasti aku lapar ke tak  sebab seingat aku makanan terakhir aku adalah sekeping roti dan segelas air moli pada pukul 8 pagi tadi kemudian seteguk air masak untuk makan ubat pada pukul 10.00 pagi. Selepas tu aku disuruh berpuasa. Suami dan angah berada di wad bersama aku sampailah pukul 7.30 petang. Keluarga mentua dan keluargaku insyaallah akan sampai malam ni pesawat pukul 10.00 malam di KLIA dan Subang.

Habis waktu melawat, aku hanya baring memandang siling memikirkan bagaimana keadaan anakku. Aku yakin tuhan melindunginya. Kadang-kadang nurse datang menjengah menanyakan keadaan aku. Alhamdulillah aku tak banyak komplikasi selepas pembedahan seperti Pening, muntah atau sebagainya. Tepat jam 11.00 malam ada nurse datang untuk bangunkan aku dan bagi ubat tahan sakit. Sebab aku tak muntah so nurse benarkan untuk aku minum air milo untuk kasi tenaga. Tapi badan aku masih belum kuat untuk bergerak sendiri.

Pagi-pagi esok aku cuba untuk bangun sendiri. Allahuakbar. Lebih kurang sejam kot aku ambil masa hanya untuk duduk di tepi katil. Tapi alhamdulillah selepas tu aku dapat bangun untuk menguruskan diri. Dapat minum air milo panas segelas memang nikmat selepas 24 jam berpuasa. Selepas aku rasa badan aku segar, aku bertanyakan nurse kat situ mungkin boleh bantu aku ke NICU untuk melihat baby tapi katanya kena tunggu suami sebab NICU hanya ibu dan ayah jer boleh masuk.

Akhirnya suami aku datang bersama keluarga kami pada waktu melawat pukul 12.30 petng. tanpa membuang masa kami ke NICU untuk melihat anak kami. Sampai di NICU seorang nurse menunjukkan inkubator B/O Naliza Suriati Nasrun. Aku melihat Ilham kali pertama. Kecil sangat kecil. Kurus tak ada isi. Aku melihat kaki dan tangannya yang dikatakan kerdil oleh doktor pakar jumaat lepas. Allahuakbar. Allah maha besar. Maha suci Allah. Kaki dan tangan anakku normal. Ya normal. Tidak pendek seperti yang dikata doktor trsebut. Alhamdulillah alhamdulillah.Bagaimana nak gambarkan perasaan masa tu dengan tulisan agar difahami perasaan syukur seorang ibu? Syukur Ya Allah. Ilham menangis dalam inkubator. Maaf sayang ibu tak boleh nak pangku Ilham sekarang.

DOKTOR juga seorang manusia yang bertaraf hamba dan mungkin boleh buat silap. Tuhan ingin mengingatkan aku 'letakkan harapan mu pada Allah, bukan pada manusia'.

Esoknya aku dibenarkan pulang sebab tak ada sebarang masalah pada ibu. Sebelum pulang aku melihat lagi Ilham di NICU. Melihat Ilham, hati ibu mana tak merasa sedih tapi aku yakin tuhan sedang mengajar aku erti kesabaran dan kekuatan. sebelum pulang ku ucapkan salam padanya, doakan semoga cepat membesar dengan sihat.

Dan alhamdulillah perkembangannya semakin baik. dalam masa 15 hari berat Ilham bertambah 300g dan seterusnya. Sehinggalah pada hari ke 28, pihak NICU telefon aku memaklumkan yang aku dah boleh rooming in dengan baby sebab berat baby dah mencapai 1448g. Petang tu aku ke NICU dan dapat menyentuh Ilham. Kecilnya kamu sayang. Bagaimana ibu nak pangku Ilham pun ibu tak pandai. Nasib baik seorang nurse datang dan memberi tunjuk ajar cara nak mengangkat kamu sayang. Esoknya berat Ilham meningkat lagi kepada 1509g dan sehinggalah hari ke 38 kita berdua dibenarkan pulang oleh doktor dengan berat 1805g.

Ketika pakar membuat pemeriksaan, aku bertanya tentang kecacatan Ilham yang didiagnos sebelum bersalin. Pakar tersebut berkata, daripada pemerhatian fizikal Ilham, Ilham tak ada menunjukkan tanda skeletal dyslypsia mahupun sindrom down. Tapi sample darah DNA ilham dah dihantar ke HKL untuk kromosom study.

Naluri ibu kuat mengatakan Ilham normal seperti anak-anak yang lain. Insyaallah. Doakan anak ibu membesar dengan sihat. Dan ketika berada dalam wad bersama Ilham, aku melihat lebih ramai lagi ibu-ibu yang diuji lebih hebat daripada aku tapi mereka masih mampu tersenyum. Masih mampu tersenyum mendengar laporan pemeriksaan pakar ketika melawat. Allahuakbar hebatnya jiwa-jiwa ibu tersebut. Ya Allah yang maha penyayang, sebenarnya inilah sentuhan kasihMu yang ingin mendidik hati ini untuk lebih kuat.

Walaubagaimanapun, masih banyak pemeriksaan yang perlu dilakukan untuk memastikan keadaan ILham benar-benar sihat sebab aku banyak masalah ketika mengandung dulu. Air ketuban kurang so kena cek buah pinggan Ilham. Ultrasound telah dilakukan tapi keputusan belum keluar. Insyaallah sihat hendaknya. Berderet temujanji doktor sampai bulan lima nanti.


Rakan rakan. doakan Ilham membesar dengan sihat. Doakan ibu dan ayah diberi kesihatan dan kesabaran yang tinggi untuk membesarkan anak ini. Ameen.

Catatan Cinta Ibu untuk Ilham (Bahagian 2)

Bahagian 2: Tangisan yang membahagiakan

Ditakdirkan Allah, pagi Ahad tu bila bangun untuk solat subuh ada air yang keluar. Dan juga seperti seketul daging seperti hati ayam. Aku mula  takot dan pagi tu jugak ke hospital bahagian Dewan Bersalin. Di sana aku diperiksa oleh Dr Sara. Dr Sara scan baby dan masih nampak jantung baby berdenyut. Dr Sara juga menahan aku untuk pemerhatian di bahagian 'High Risk'. So dapatlah aku katil. Malam tu aku kena tahan wad dulu. Malam tu jugak husband and angah datang hospital bawak Rifqi untuk jumpa aku. Ini adalah kali pertama Rifqi tidur tanpa aku. Bila nak balik, dia menangis tarik tangan aku minta balik bersama dia. Sayunya hati seorang ibu. malam tu aku tidur dengan linangan air mata apabila Rifqi tiada kat sebelah.

Esoknya Isnin, apabila pakar datang round pagi, Dr Sakinah datang cek aku. Dan setelah diberitahu semua detailed tentang kandungannku, Dr Sakinah kata mungkin aku boleh keluar petang ni tapi perlu datang ke temujanji di PPUM khamis nanti dan refer ke hospital lagi isnin minggu depan. Walaubagaimanapun dia perlu membuat doppler test dulu untuk memastikan baby ok.

So pada tengahari selepas makan aku dibawa untuk scan lagi sekali. Dan lagi sekali ibu muhamad Ilham diuji. Daripada doppler tets yang dilakukan, memang ada masalah dengan perjalanan darah dalam uri baby. Selain itu, doktor juga cakap jantung baby agak besar. Allahuakbar, selamatkan anakku. So disebabkan itu, doktor tak bagi aku balik dan aku akan dipindahkan ke wad biasa untuk pemantauan sampailah bersalin. selain itu doktor Sakinah juga ada call PPUM untuk mempercepatkan temujanji. Daripada hari Khamis, oppoinment dipercepatkan ke hari Rabu. Dan aku akan dihantar ke PPUM dengan ambulans daripada hospital sungai Buloh. Doktor sangat risau dengan keadaan baby. aku tanya doktor, kenapa tak mempercepatkan proses bersalin jika doppler test tak bagus sebab doppler test tu menunjukkan perjalanan darah di bahagian uri. maksudnya sometimes ok sometimes tak ok. bila tak ok maksudnya baby tak dapat oksigen dengan secukupnya. doktor cakap better ke PPUM sebab PPUM ada alatan yang lebih canggih jika berlaku apa-apa pada baby semasa proses kelahiran. aku mendengarnya dengan sabar dan berdoa semoga Allah selamatkan anak dalam kandunganku.

Pada petang tersebut jugak pengasuh mesej minta no telefon suami aku.Bila ditanya kenapa tak berjawab tapi aku pasti mesti sesuatu berlaku kat Rifqi. Rupa-rupanya Rifqi demam sampai menggigil-gigil badan satu badan kat rumah pengasuh. Nasib baik pengasuh terus bawa dia ke klinik kesihatan bila macam tu. ALlahuakbar, hati ibu mana tak rungsing bila anak kesayangan macam tu. Mesti Rifqi cari aku lagi-lagi dengan keadaan dia tak sihat macam tu. Lagi sekali aku meratap nasib mengadu pada tuhan di surau hospital untuk selamatkan kedua-dua anakku, Peliharakan mereka. Lindungilah mereka. Aku dah tak peduli dengan pesakit, nurse ataupun doktor yang sembahyang jugak kat surau tu. Aku hanya menangis teresak-esak atas sejadah memohon keselamatan dan kesihatan untuk kedua-dua anakku kerana aku tahu mereka hanya pinjaman untukku.

Pada petang tu aku dipindahkan ke wad biasa, 6B. angah datang hantar barang keperluan aku sebab husband tak dapat datang memandangkan Rifqi masih demam.

Esoknya doktor round pada waktu pagi. Doktor melihat laporan kandungan aku. Doktor akan buat doppler test lagi pagi nanti untuk memastikan semua ok. Dalam pukul 11 pagi aku dipanggil ke bilik scan. Bila doktor lelaki india tersebut melihat skrin, dia menjerit kecil dan menunjukkan pada aku skrin. Aku dapat lihat 'graf' yang kadang bersambung, kadang tak bersambung. Doktor cakap yang tak bersambung tu maksudnya tiada aliran darah dalam uri. So doktor cakap tengahari ni dalam pukul 2 aku perlu dibedah kerana keadaan baby sangat membahayakan.

Aku terus menelefon suami dan angah. Tak lama kemudian datang seorng daktor menerangkan pada aku komplikasi-komplikasi yang mungkin akan berlaku dalam pembedahan atau selepas pembedahan. Apa yang dicakap doktor tu dah tak dapat dihadam oleh otak aku, Aku sign je borang kebenaran tu. Suami aku sampai tak lama lepas tu. Kebetulan dah masuk waktu melawat pukul 12 tenghari. Mak mentua dan mak ayah aku akan sampai malam ni dengan kapal terbang. Mak aku sempat kol aku dan as usual mak aku menangis mendoakan semuanya selamat.


Tepat jam 2 petang aku ditolak ke bilik pembedahan. Badan aku menggigil. Entahlah sebab ubat atau sebab kesejukan. Aku memang sangat takut. Nilah kali pertama akan dibedah. Aku dapat rasa perut aku digoncang dan ditarik oleh doktor tapi tak rasa sakit sebab dan dibius. Tak lama lepas tu aku terdengar tangisan. Allahuakbar. Gembira mendengar tangisan tu. Tapi seorang staff datang beritahu aku yang anak aku selamat tapi tak dapat diletakkan atas dada aku sebab terus dibawa ke NICU. dia memaklumkan aku mendapat bayi lelaki dengan berat 1050g. Sekali lagi aku mendengar tangisan dia sebelum dibawa pergi agaknya. Kemudian doktor memaklumkan yang placenta aku banyak sel yang rosak dan kering kontang air ketuban. Aku dah pedulikan semua tu, aku hanya fikirkan alhamdulillah aku boleh mendengar tangisan dia. Tangisan Ilham untuk kali pertama. ALhamdulillah. Terima kasih ya Allah walaupun aku masih belum dapat melihat dia.

Catatan Cinta Ibu untuk Ilham (Bahagian 1)

BAHAGIAN 1: Ibu pujuk hati untuk REDHA


Mengandung anak kedua amat-amat mencabar apabila terpaksa sentiasa berulang alik ke hospital dan juga klinik kesihatan. Tapi aku tak pernah mengeluh sebab yang penting adalah kandunganku selamat. Doktor kat hospital dah cakap yang baby sangat kecil dan tak sama saiz dengan usia kandungan sepatutnya. Selain tu air ketuban juga semakin kurang. Doktor pun dah cakap memang kebarangkalian untuk bersalin awal memang tinggi dan suntikan Dexamethasone memang telah diberi siap-siap untuk kuatkan paru-paru baby. Sebut pasal suntikan ni, Allahuakbar sakitnya. kali pertama dapat suntikan ni memang aku menangis. Terketar-ketar rasanya tahan sakit lepas kena suntik.

Seminggu sebelum kelahiran Ilham memang ada repeat scan kat hospital sungai buloh. Temujanji hari Rabu masa tu. Untuk kali pertama jugak drive sendiri ke hospital sungai buloh sebab husband tak ada kat rumah, outstation dari hari Ahad lagi. Dengan telefon rosaknya untuk waze jalan ke hospital ataupun untuk kol saper2 kalau berlaku emergency tengah jalan memang tawakal je drive sendiri. Belum masuk lagi untuk cari parking kat hospital. Memang mengah jugak lah terpaksa parking jauh giler luar hospital dan menapak ke bahagian klinik hospital.

Untuk hari tu jumpa Doktor Ruzaini. Seorag doktor kecil molek dan lembut jer orangnya. Bila dia scan baby dia agak terkejut sebab baby memang kecil. Dia estimate mungkin dalam 1kg jer. Dan juga air ketuban dan berada di tahap minima yang mana amat membahayakan baby. So dia refer pakar adakah perlu warded tapi pakar Dr Raja cakap boleh balik dulu dan repeat scan hari Jumaat nanti. Berulang kali dia pesan kat aku suh alert dengan pergerakan baby. Bimbang baby lemas dengan jumlah air ketuban yang sikit sangat.

Jumaat datang lagi ke hospital. Husband yang hantarkan kali ni. Kali ni masih nasib baik sebab dapat check up dengan Dr Ruzaini lagi. Lagi sekali dia scan. Result yang sama. So dia ambil keputusan untuk masukkan aku dalam wad hri tu jugak. Tapi dia refer kepada Dr Raja dan Dr Raja minta aku ke biliknya untuk scan lagi sekali. So Dr Raja scan tunjukkan kepala baby, tulang belakang baby, jantung baby. So far semuanya ok. Tapi bila dia scan bahagian tangan dan kaki baby dia terkejut kerana katanya saiz tangan dan kaki baby tidak sama macam usia kandungan yang sepatutnya. Saiz kaki and tangan baby lebih kecil dalam 7 atau 8 minggu. And aku masih ingat ayatnya bila dia scan "Oh my God" yang mana buat aku mula berdebar-debar. Kemudian Dr Raja minta Dr Ruzaini telefon PPUM untuk oppoinment detailed scan kat sana. Dan kemudian dia memandang aku yang masih terbaring,

"Puan, anak puan ni mungkin ada kecacatan. Tulang kaki dan tulang tangan dia pendek, Skeletal dsyplasia. kalo tak teruk mungkin hanya kerdil. Ataupun mungkin anak puan mengalami Syndrom Down. Walaubagaimanapun kita akan refer puan ke PPUM untuk detailed scan kat sana"

At that point, aku rasa blur dan terfikir, "Apa yang Dr ni merepek?"

Kemudian aku kembali ke bilik Dr Ruzaini di mana ada 3 orang doktor perempuan kat situ. Semuanya minta aku besabar dan berboral-borak kosong sambil menunggu Dr. Ruzaini siapkan laporan untuk dibawa ke PPUM khamis minggu depan. Pada masa tu aku langsung tak sedih malah bagi aku doktor-doktor ni hanya merepek. Mana boleh dia cakap baby aku cacat. Walaubagaimanapun aku mesej adik aku angah, the person i trust so much.. she say mungkin tak kritikal.. 

Bila dah balik rumah berada di atas tikar sejadah, aku mula menangis mengenangkan nasib anakku. Maafkan ibu sayang. Ini dugaan Allah untuk ibu tapi kamu yang perlu menanggungnya. Walaupun hati aku kuat menafikan apa yang doktor cakap tapi setiap kali solat aku titipkan doa sambil menangis

"Ya Allah, selamatkanlah anakku. Hanya padaMu aku memohon. Semoga dia selamat lahir kedunia, Izinkan aku mendengar tangisannya. Izinkan aku menjaga amanah Mu lagi ya Allah. Izinkan aku memberi kasih sayangku padanya. Dan jika benar ini dugaanMu untuk aku yang bergelar ibu, redhakanlah hati aku untuk menerima dugaan ini. Didiklah hati ku untuk sentiasa redha dan sabar menerima dugaan ini."


Itulah doaku setiap kali solat. Dan aku akan menangis setiap kali memohon agar anak yang aku kandungkan selamat. Aku mula didik hati untuk redha menerima semua ketentuan ni. Aku akan memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak ini walau bagaimana keadaan dia. Aku akan jaga dia sehingga dia tak akan rasa yang dia berbeza daripada orang lain. Sebab dia tetap anak kesayangan aku yang aku nantikan.

mata-mata