dan apabila soalan adakah, maka jawapannya perlu didahulukan dengan ya atau tidak
bila aku tanya pakcik google, banyak dah orang taip pasal benda ni rupanya
jadi buang karan aku jer nak taip lagi pasal ni kan
entah, aku pun tak tahu saper cinta pertama aku...tapi sampai sekarang aku masih ingat cinta pandang pertama aku hahaha... pandang pertama masa daftar kolej tyme universiti malaya..masa nak gi ambil kunci... mata aku terpandang seorang lelaki yang tinggi lampai, muka nampak jenis pendiam, kulit sawo matang, rambut lurus, dan yang penting dia nampak tenang [lagu cinta berkumandang, angin bertiup sesempoi bahasa].. dan sejak tu mata aku akan sentiasa memerhatikan dia... lama gak kot aku suka dia dan dia tak tahu pun aku suka dia....entah2 dia tahu hahaha
tapi dia extend sem dan tak grad sekali ngan aku... entahlah..dengar citer, ayah dia meninggal so pelajaran dia merosot...pastu ada dengar dia aktif berpersatuan sampai pelajaran merosot..entah, aku sendiri tak pernah bercakap ngan dia.. kalau ada dia automatikly aku jadi batu hahhaa.. kawan2 aku nasihatkan aku suh lupakan dia jer.. takyah minat lagi dia coz wat aku sakit jer.... dan aku??? hahaha
tapi siyesly aku tak tahu langsung keadaan dia skang ni.. malas nak ambil tahu... dan aku rasa kalau aku jumpa dia skang aku akan beramah tamah menanyakan keadaan dia, bukan lagi jadi dinding konkrit hahaha
back to the main point.. adakah cinta pertama sukar untuk dilupakan... ada yang cakap lelaki sukar nak melupakan cinta pertama dorang, dan perempuan sangat menghargai cinta terakhir dorang. adakah benar? kelebek lah hati masing masing...
walaubagaimanapun, cinta yang dah berlalu tu tetap dah berlalu dan kenapa nak ingat2 lagi... dan mungkin lelaki kat luar sana kurang memahami sedikit perasaan wanita yang mana jiwa dan perasaannya agak sensitif apabila melibatkan kisah lama lelaki tersebut....tapi ada jugak yang ok jer..aku peduli aper asalkan skang ni ko sayang aku cukup... ada jugak yang pura2 tak kisah....
TAPI ada yang tak kisah bila lelaki tu bukak depan dia, tapi bila tahu bukan daripada mulut lelaki tu sendiri barulah korang tahu apa maksud APABILA PEREMPUAN CEMBURU!
kadang2 nampak macam hal kecil... contohnya korang nak masuk forum dengan menggunakan id female sebab kadang2 dalam forum ni lelaki lebih suka layan forumer perempuan..kalau id female yang tanya soalan laju je menjawabnya...tapi apabila korang pakai id tu nama perempuan yang korang pernah suka dulu, AUTOMATIKLY PEREMPUAN SANGAT JELES K! banyak2 nama kenapa nama tu jugak korang ingat nak guna...itu adalah satu contohlah yag dapat aku fikirkan....
ada yang cakap, kalau betol lelaki ni susah nak lupakan cerita lama dorang, jadilah yang terbaik untuk dia sayangi...
memang lah agak susah jugak nak lupakan sebenarnya cinta pertama, tapi mungkin masih ingat tapi tak ada apa2 perasaan lagi
pada yang di luar sana yang mengalami situasi ni, berterus teranglah dengan dia kisah sebenar..dia hanya perlukan penjelasan
pada yang luar sana yang masih sukar nak membuka hati untuk yang lain kerana cinta pertama, anda lebih tahu apa yang perlu untuk hati anda bahagia :P